Browsing articles from "April, 2010"
Apr 25, 2010

Alhamdulillah…

Alhamdulillah..akhirnya blogku sudah pulih dari serangan virus malware..terima kasih Team Jomhosting yang memang cekap dan tabah..

p/s – saya akan kembali menulis dengan penuh semangat..yehaaa..

Apr 15, 2010

Mama merah mengganas lagi!!

Eh! Siapa mama merah merah ni? Kenapa nak sampai nak ganas-mengganas ni? Sabar-sabar yer. Siapa dan apa yang saya maksudkan ni tak lain dan tak bukan ialah Mira Abu Bakar aka Redmummy.com. Kalau tak kenal juga, takpelah, bolehla usha ke blog beliau.

Tapi kenapa tiba-tiba saja saya bikin panas post ini yer? Sebenarnya, kalau anda perasan, beliau ada muncul dalam akhbar Harian Metro, 13 April lalu. Tajuk yang akhbar tu ‘highlight’kan ialah “Mewah tulis blog”. Jadi, dipendekkan cerita, apa yang saya akan cuba sampaikan kali ni ialah beberapa fakta menarik tentang beliau dan blognya serta pengajaran yang kita boleh ambil kalau kita benar-benar mahu jadi blogger kental dan berjaya serta banyak duit…hehehee

Fakta tentang Redmummy dan blognya:

Continue reading »

Apr 12, 2010

Lagi kes buang bayi!!!

Nota: Harap maaf. Entri kali ni akan menggunakan kata ganti nama diri “Aku”. Sebab? Sebab aku tengah bengang dan geram! Cuba tengok gambar ni..

Mama, apa dosa saya??

Mama, apa dosa saya??

Belek-belek tajuk akhbar hari ni. Ade lagi kes buang bayi di Sungai Choh, Hulu Selangor. Aku memang cukup geram dan sakit hati. Dalam kita semua sibuk-sibuk Kempen Kami Prihatin, ade lagi yang dengan selamba buat kerja tak bertamadun dan tak berakhlak dengan buang bayi. Sudahlah dosa mengandung tanpa nikah belum terhapus, ditambah lagi dosa buang anak yang tak berdosa. Ibarat sudah jatuh tangga, dihempap kren pula.

Kalau dikira-kira dan diambil statistik, aku cukup yakin yang kes-kes macam ni berlambak dan tak menang tangan untuk dikira dan dicatat. Akupun makin keliru dan tak faham, adakah remaja sekarang (yang terlibat) dah takde lagi akal fikiran? atau mereka memang sudah hilang kewarasan? atau sudah menjadi manusia bertopengkan syaitan?

Continue reading »

Apr 11, 2010

Negeri Sembilan Juara Baru Piala FA

Update ringkas dan terkini

Keputusan penuh perlawanan akhir piala FA.

Pasukan: Negeri Sembilan lawan Kedah

Venue: Stadium Bukit Jalil

Keputusan selepas 90 minit: N. Sembilan 1 – Kedah 1

Selepas masa tambahan: Terikat 1-1

Penalti: N.Sembilan 5 – Kedah 4

Keputusan Penuh: Negeri Sembilan Juara Piala FA mengalahkan Kedah dengan melalui sepakan penalti.

Tahniah Negeri Sembilan! Tahniah Kedah!

® hafizmd – nak tau juge, ape pula ganjaran bagi yang bakal pemain dapat…

Jangan bersedih penyokong Manchester!

Keputusan perlawanan Champions League Suku akhir kedua

Manchester United 3 – 2 Bayern Munich

oh! sorry fan manu..

oh! sorry fan manu..

Apa sudah jadi? Apa lagi yang boleh saya katakan? Rasanya dah boleh masuk separuh akhir dah, tapi akhirnya tersungkur jua.

Peminat Man U bukan mengharap banyak gol pun, sekadar dapat jaringkan 1 gol dan jangan bagi Bayern ‘score’. Itu saja, tapi akhirnya dapat juga 3 gol, malangnya Bayern ‘score’ 2 gol. Tersungkur jua.

Memang dah cantik dah ‘leading’ 3-0, si Darron Gibson bagi sebijik dan Nani 2 bijik. Cukup kembang kempis penyokong Red Devils masa ni. Sekali si Ivica Olic sumbat sebijik lepas rehat ‘fisrt half’, kemudian gol Arjen Robben minit 74 terus meranap, memusnah, merobek keriangan penyokong setia Man U yang sebentar tadi seperti dah tersenyum lebar dan mungkin dah siap pasang niat nak kenakan member penyokong  Arsenal mahupun Chelsea. Akhirnya, kita sama terkena dan tersungkur jua.

Apa lagi yang tinggal untuk Manchester? Yang tinggal hanya sisa baki perlawanan dalam EPL. Apa lagi, jangan bagi peluang sama Chelsea dan Arsenal, tapi diorang pun sama macam Manchester, dah tiada yang tinggal untuk dikejar. Sama-sama kejarlah yer.

p/s – Bayern Munich layak ke separuh akhir dengan kiraan gol di tempat lawan..adeh..pedih ulu hati aku dengan peraturan ni..takpe..Man U takde ‘luck’ tahun ni..uhuhu

® hafizmd – antara Chelsea, Manchester dan Arsenal, pasukan mana anda pilih untuk jadi juara EPL tahun ni? Saya? Sudah pasti….

Pages:12»

3 Blogger Sensasi


Photobucket Photobucket Photobucket

5 Ulasan Terkini

  • tehr: Wah, dapat tempat ketiga la :-) Tahniah kepada semua dan kepada tuan...
  • akubiomed: Top terdiri 2 lelaki kacak dan 1 wanita jelita. Tanniah kepada...
  • Azman: Tahniah kepada pemgomen terbanyak.
  • anif: :D Yey! Kali ini Saya berada dalam senarai!
  • HAFIZMOHD.COM: avatar di sidebar kanan. Menyusul kemudian review blog di...

1 Papan Iklan


Page optimized by WP Minify WordPress Plugin