Blog ini berehat sebentar..
Cewah..semacam saja bunyinya. Apa yang saya maksudkan ialah blog ini saya tiada lagi update mahupun balasan komen, tapi hanya bermula selepas post ini dan sehingga hari ahad ini saja.
Agaknya, kalau ada yang nakal akan berkata “ada aku kisah?”..hehe..sebenarnya saya akan bercuti, balik kampung sebelah isteri saya di Pulau Pinang. Saya cuti dua hari, esok dan lusa. Lama rasa tak balik ke Permatang Pauh sana. Biasanya, kalau balik Penang, kami gemar keluar bersantai sambil makan angin dan mengisi perut di beberapa tempat yang saya rasakan cukup menarik. Antaranya ialah Teluk Tempoyak, char kuew tiew Penang, pasemboq, bihun ‘ganja’. Ini antara menu yang cukup menarik untuk dicuba dan dicuba lagi setiap kali kami pulang ke kampung
Dengan itu juga, maafkan jika tiada sebarang aktiviti ‘blogwalking’ dan beramah mesra (tinggal komen..hehe) di blog kawan-kawan sekalian. InsyaAllah, pasti saya terjah bila saya dah kembali ke sini nanti.
p/s – terima kasih pada semua yang sudi ‘blogwalking’ dan tinggal jejak di blog usang dan ‘hampes’ ini…anda semua memang memotivasikan saya..thanks
Wanita Malaysia sudah kurang subur?
“Tahap subur wanita menurun” adalah antara sisipan berita yang saya rasa cukup seksi menarik dalam akhbar Sinar Harian (19 Mac 2010).
Habis saja saya baca tajuk, baru baca tajuk yer..saya termenung dan berfikir, betul ke tahap hormon kesuburan wanita kita sudahpun menurun? Kalau betul, kenapa? Jadi, menurut petikan akhbar ini, saya memetik senarai penyebabnya:
Sedap ke daging gajah?
Pernah terfikir bagaimana rasa daging gajah? Adakah sesedap ayam KFC? Atau paling tidak seperti rasa daging kerbau. Saya pun tak pernah pula terfikir, sehinggalah saya dapat satu email bergambar ni. Jom kita sama-sama layan.
Sudin ‘Ajaib’ sudah hilang ajaibnya
Mempunyai nama panggilan yang unik, Sudin Ajaib membuatkan dua tiga hari ni, dia semakin meniti di bibir rakyat Malaysia lantaran ‘keyword’ namanya yang unik. Di manakah keajaiban si empunya diri ini?
Mungkin keratan artikel ini boleh menerangkan serba sedikit keajaiban yang dimiliki oleh insan ‘ajaib’ ini.
Apa yang kita perlu perhatikan dalam kes ini?
Pernahkah kita didatangi mereka ini?
SITUASI 1
Situasi ini mungkin berlaku sewaktu kita sedang enak menjamu selera bersama kekasih keluarga tersayang di kedai Kak Jah yang memang meletup masakannya.
Si A: “Assalamua’laikum bang..saya dari rumah anak yatim dot dot dot, kami ada jual ubat panas ni..tengoklah bang..”
Kita: “Ubat panas ek, abang dah ade..terima kasih yer dik”
Si A: “Takpe bang, taknak belipun takpe, derma ikhlas pun boleh..saya dari rumah anak yatim dot dot dot..ini ade resit bang”.
Kita: “Kesianlah pulak, nabi pesan, mak aku pun pesan..kene tolong orang-orang susah ni..besar pahala..takpelah..beli jerla..”……sambil membelek-belek dompet yang kembung kerana angin selalu masuk….”dik, ni jer yang abg mampu bagi..”
Si A: “Terima kasih bang, ni resit yer”
Kita: “Alhamdulillah, dapat juge aku bagi derma malam ni”
3 Blogger Sensasi
5 Entri Terkini
5 Ulasan Terkini
- tehr: Wah, dapat tempat ketiga la
Tahniah kepada semua dan kepada tuan... - akubiomed: Top terdiri 2 lelaki kacak dan 1 wanita jelita. Tanniah kepada...
- Azman: Tahniah kepada pemgomen terbanyak.
- anif:
Yey! Kali ini Saya berada dalam senarai! - HAFIZMOHD.COM: avatar di sidebar kanan. Menyusul kemudian review blog di...






