Browsing articles from "February, 2010"
Feb 25, 2010

TAK GUNA punya orang ini!

“Sunyi? Anda dipilih untuk menikmati koleksi video peribadiku yang panas & hangat.

Sila balas YA jika anda jika anda tahan menikmatinya….”

Sebenarnya dah banyak kali juga saya terima SMS berupa kurang ajar begini. Kenapa saya rasa si tukang hantar ni kurang ajar, kurang adab, kurang asam, kurang kasih sayang? Sebabnya begini:

  1. Mana diorang dapat no handphone saya?
  2. Siapa yang jual no handphone saya?
  3. Seingat saya, hanya beberapa pihak saja yang tahu no phone saya iaitu bank, kawan-kawan dan juga program affiliate yang disertai. Siapa yang gatal-gatal nak kene penampar edarkan no phone?
  4. Kenapa masih ada orang kita yang buat kerja tak senonoh ni? Tak malu ke?
  5. Orang yang buat kerje ni memang bodoh kurang cerdik sebenarnya sebab no phone diorang boleh dikesan jika saya buat laporan, tapi kepada siapa harus saya laporkan?

Mungkin anda juga;

  • Pernah dapat SMS begini? atau lebih dahsyat?
  • Tahu bagaimana diorang dapatkan no handphone kita?
  • Ada tip dan cara untuk mengelak dari perkara sebegini?
  • Ada pandangan dan pendapat yang ingin dikongsi bersama.

® hafizmd – jangan kita lupa yang setiap perbuatan kita dicatit dan akan dihitung. Moge kita dilindungi dari bisikan setan yang direjam dan manusia yang zalim dan ..ameen

Feb 24, 2010

Bila nikmat sihat diambil seketika

“Abang, jomla pegi klinik, petang esok kita pegi ek..”.Desakan manja si isteri kepada saya bila melihat tangan mulus ni asyik ‘mengurut-urut’ sekitar mata. Saya dengan senang hati membalas ala malu-malu ayam “isk..sikit jer ni, esok pagi okeyla ni”..Mencebik bibirlah isteri saya..sayang betul isteri pada saya, bertuahnya badan.

Dua tiga hari ni, mata kanan saya entah mengapa dan kenapa, tiba-tiba sahaja sedikit bengkak di bahagian bawah kelopak mata ku yang seksi . Semacam ketumbitpun ada. Teringat saya pada kiasan orang tua-tua bila ketumbit menyerang mata “haa..skodeng sape ni?”. Alamak, saya berfikir juga, anak dara siapa yang telah saya ”terskodeng”?

Continue reading »

Feb 21, 2010

5 sebab hubungan cinta terjejas

Seringkali kita dengar perihal putus cinta, putus kasih, patah hati dan sebagainya yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Hati dan perasaan memang sukar diduga persis gelora ombak dilautan. Apa yang saya cuba kongsikan diharap sedikit sebanyak membantu kawan-kawan di luar sana mahupun diri saya sendiri untuk mengenal kekurangan dan kelebihan diri dan pasangan. Yang lebih utama akhirnya ialah kesediaan kita menerima pasangan kita seadanya.

Samada kita sudah pun berumah tangga, sedang merancang berumah tangga, sudahpun bertunang, esok nak kahwin atau sedang didesak mencari pasangan, diharap perkongsian tentang 5 sebab mengapa kita sering gagal dalam perhubungan dapat menyedarkan kita tentang apa yang sedang atau bakal kita hadapi. Mana tahu, mungkin kita sedang alaminya tapi tidak sedar. Yang nyata, perkara-perkara kecil juga mampu menggugat hubungan cinta kita.  Senang cerita, kalau kita selalu putus cinta atau selalu gaduh dengan pasangan, mari kita sama-sama muhasabah diri, “mana tau kene batang hidung sendiri”.

Feb 11, 2010

Mana lagi best, waktu belajar atau waktu bekerja

Semalam, waktu merayau-rayau dengan awek ke blog kawan-kawan atau istilah blogger sekarang ‘blogwalking’, saya begitu tertarik dengan satu kenyataan peribadi sahabat saya di blog ini. Begini katanya;

“Sesungguhnya , situasi bekerja dengan studi, sangat-sangatla tak sama”

zaman sekolah yang menyeronokkan

seronoknya ke sekolah..lalalala

Sedar atau tidak, semua dari kita berpeluang merasai alam persekolahan. Sudah tentu segala macam pengalaman indah, suka dan duka terpahat kukuh di dalam kotak memori kita (nak kene refresh sekali sekala..kalau tak boleh hilang..adeh..). Namun mungkin ada juga antara kita yang langsung tiada memori alam persekolahan. Samada kurang bernasib baik kerana tidak berpeluang atau banyak kenangan pahit yang mahu dilupakan.

Mungkin ada yang lebih bahagia dan gembira pada masa dia bekerja berbanding zaman sekolahnya dulu. Bagi saya

Continue reading »

Feb 10, 2010

Bagus sangat ke penyedia hosting tempatan?

Barangkali ramai yang masih tak tahu, untuk kita mempunyai ‘self hosted’ blog, macam blog Kak Jie @ blog Rohaizad @ macam blog isteri saya ni, kita perlu ada beberapa perkara seperti nama domain, hosting dan juga sistem wordpress. Kalau ada saja 3 perkara ni, kiranya boleh ‘on’la blog kita. Nampak mudah kan? Sebenarnya ada bahagian yang nampak mudah, tapi kalau tidak diteliti dengan baik dan tidak ada persediaan yang bagus, mungkin boleh menyebabkan kita pening kepala sepanjang hari atau rasa seperti “nak bakar” saja. Mungkin apa yang dikongsikan selepas ini mampu memberi sedikit ‘hint’ kepada mereka yang dah pasang niat untuk memiliki blog dot com sendiri. Bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”.

Apa anda rasa bila ada ‘statement’ macam ni kena atas batang hidung anda sendiri?

Continue reading »

Pages:123»

3 Blogger Sensasi


Photobucket Photobucket Photobucket

5 Ulasan Terkini

  • tehr: Wah, dapat tempat ketiga la :-) Tahniah kepada semua dan kepada tuan...
  • akubiomed: Top terdiri 2 lelaki kacak dan 1 wanita jelita. Tanniah kepada...
  • Azman: Tahniah kepada pemgomen terbanyak.
  • anif: :D Yey! Kali ini Saya berada dalam senarai!
  • HAFIZMOHD.COM: avatar di sidebar kanan. Menyusul kemudian review blog di...

1 Papan Iklan


Page optimized by WP Minify WordPress Plugin